Dalam mengharungi dunia pemulihan, pelbagai jenis murid telah ditemui dengan kerenah dan masalah yang dihadapi. Di antaranya ialah murid yang langsung tidak mahu bersuara. Murid ini adalah murid lelaki. Guru tahun satu telah menyuarakan masalahnya kepada saya tentang murid tersebut. Murid pemulihan hanya dimasukkan ke kelas pemulihan pada tahun 2. jadi, saya sabarkan guru itu kerana murid yang sedang dihadapi itu akan menjadi murid kelas saya juga. Akhirnya, murid itu menjadi salah seorang murid pemulihan. Saya cuma memerhatikan sahaja tingkah lakunya dan gaya pembelajaran yang diikuti. Dia seorang murid yang baik, tingkah lakunya amat saya senangi, cuma tidak pernah mengeluarkan suara sahaja.
Berkat ilham yang diberikan oleh Allah...akhirnya saya telah mendapat idea macam mana cara mendekatinya. Memang sukar. Pada mulanya saya gunakan cara sentuhan tetapi setiap kali saya cuma menyentuhnya, dia cuba mengelak, hati saya tertanya kenapa dan mengapa dia jadi begitu?
Saya memohon kepada guru besar dan guru kelas untuk mengambil murid ini sepenuh masa. Saya ingin tahu dan cuba mencari jalan bagi membantu murid ini. Saya cukup simpati dengan murid tersebut. Hanya saya dan murid itu dalam kelas. Saya cuba beri arahan dan minta dia bantu saya. Pada mulanya dia kekok, tetapi lama- kelamaan, dia mula tersenyum. Saya memujinya. Memang manis senyumannya. Namun dalam hati tetap merasa sebak melihat murid ini.
Seterusnya saya cuba ke rumah murid tersebut dan berbual dengan ibunya. saya ingin tahu keadaan sebenarkehidupan murid tersebut. Lagi terharu. Rupa-rupanya murid ini sering di belasah oleh bapanya sama ada dengan tangan atau talipinggang. Kini ibunya keseorangan kerana ditinggalkan suami tanpa sebarang berita. Ibu ini terpaksa menanggung 4 anak lelaki. Susah juga hidup mereka. Rumah kecil sahaja. Tabung kebajikan untuk murid telah mainkan peranan dengan cara memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk. Murid itu akhirnya telah kembali ceria dan sudah boleh bergaul dengan rakan sebaya. dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment