Follow me.. ;)

Seuntai Kata~

Segala tulisan yang di tulis bukanlah menandakan diri penulis dan ilmu penulis, segala tulisan yang di tulis adalah dari bacaan-bacaan. Semoga ada kebaikan dari tulisan kita amalkan bersama, jika tidak abaikan, kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan diri penulis.

Tuesday, April 30, 2013

Bahan-bahan PnP untuk dikongsi.





























Group kursus AEC (Universiti Nottingham) di IAB,Jitra. En Lim seorang pensyarah yang hebat dan ilmunya amat bermanfaat kepada semua peserta kursus. Terima kasih En Lim.

Kemahiran menggunting



2 orang murid ini merupakan murid LINUS Tegar. Mengalami masalah pembelajaran. tetapi seronok mengajar murid-murid seperti ini seolah-olah mengajar anak-anak sendiri. Ya Allah...berikan keupayaan kepada mereka untuk memahami apa yang dipelajari.

Pengajaran bacaan BOBA

video

Friday, April 26, 2013

Akhir kalam

Saya membaca blog rakan-rakan, memang canggih-canggih belaka. Tahniah...! Saya memang tahu bahawa kita perlu isikan blog kita berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Namun saya mengambil risiko dengan memaparkan sebahagian masalah anak didik untuk kita berkongsi agar saya dapat membuka minda guru-guru di luar sana supaya sentiasa prihatin dengan keadaan anak didik kita. Jika pengajaran dan persediaan hebat tetapi murid kita tidak bersedia ke arah pembelajaran dan tidak bersedia mengikuti PnP kita memang tidak akan ke mana.

Jangan mudah melabel murid kita sewenang-wenangnya. Saya memang bergaul rapat dengan anak murid dan saya banyak belajar membetulkan kesilapan diri daripada komen-komen yang mereka berikan kepada guru-guru lain. Bimbang saya jika penilaian mereka terhadap saya banyak yang negatif. Kecemerlangan kita dari kaca mata Allah dan penilaian dari murid-murid itu sebenarnya pentaksiran sejati. Kalau daripada rakan-rakan pun ada juga yang memberi komen namun terlalu ramai yang saya temui bertopengkan kepalsuan. Sukar kerana sifat manusia ini penuh dengan cemburu, hasad dengki dan tidak senang melihat kelebihan orang lain membuatkan saya begitu berhati-hati namun qada dan qadar Allah SWT tidak akan dapat kita hindari melainkan dengan doa. Doa adalah senjata yang amat ampuh dalam meniti kehidupan ini. Semoga saya dapat mencurah bakti sebaik mungkin demi memartabatkan murid pemulihan yang sering dilabelkan sebagai PEMALAS, BODOH, PENGOTOR, NAKAL, BERMASALAH dan sebagainya.

Sehingga detik ini saya mempunyai ramai sahabat yang baik, anak didik yang berjaya, pensyarah yang berhati mulia, keluarga yang bahagia. Alhamdulillah.
Berbalik kepada peristiwa yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga. Bukan sebagai hiburan tetapi sebagai renungan. Kita sebagai guru mempunyai ratusan atau ribuan murid dengan masalah yang pelbagai. Tetapi di dalam kelas kita perlu prihatin dengan setiap perkembangan murid serta sebarang perubahan yang dapat kita lihat dengan jelas atau melalui sumber yang boleh dipercayai.

Ada penyelesaiannya yang selama ini memang saya sebagai guru tidak tahu. Rasa menyesal kerana membiarkan ramai murid yang bermasalah terabai begitu sahaja. Inilah akibatnya jika kita kurang ilmu namun guru sebenarnya sudah terlalu banyak bebanan yang terpaksa dipikul.

Proses menyelesaikan masalah adik saya ini rupa-rupanya menambah ilmu saya yang ingin saya berkongsi di sini. Saya sedang memohon IPO (Interim Protection Order) bagi mengelakkan bapa yang ganas atau panas baran dari menyakiti ahli keluarga. Memang prosedurnya agak ketat tapi demi untuk melindungi  anak buah atau anak didik terpaksa saya harungi semua ini. Tapi seronok juga kerana bertambah ilmu, bertambah rakan, bertambah pengalaman.

Langkah 1- repot polis (laporan perlu kita simpan)
Langkah 2- jika ada kecederaan dapatkan rawatan dan laporan doktor
Langkah 3- jika kurang berkemampuan minta bantuan biro bantuan guaman (percuma)
langkah 4 - beri motivasi dan cari jalan penyelesaian seterusnya.

Murid-murid yang menghadapai masalah seperti di atas, akan mengalami kemurungan, kurang keyakinan diri, rasa takut, tiada selera makan yang semua ini akan mengakibatkan pelajaran mereka terjejas. Bayangkan jika perkara ini berlaku pada anak-anak kita atau anak jiran kita.

Rupa-rupanya bukan sedikit yang perlu kita korbankan. Wang, masa dan tenaga saling berkait rapat juga kemahiran berkomunikasi amat penting di sini. Bagaimana kita perlu menggunakan laras bahasa yang betul bila berhubungan dengan komuniti yang berlainan.

Jadikanlah diri kita ini berguna untuk orang lain. Biarlah hidup kita bermanfaat dan sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Allah akan bersama kita walau di mana kita berada. Penyelesaian mudah kita perolehi jika sebarang yang kita lakukan dengan niat yang baik. Hulurkan bantuan kepada ahli keluarga kita terutama ibu bapa. saudara mara, sahabat, jiran dan anak didik kita. Tanamlah saham di dunia agar kita dapat memetik dividennya di akhirat nanti.

Tuesday, April 23, 2013

Kasihannya anak didikku

Sebuah kehidupan yang penuh ranjau berduri.Menjadikan saya lebih sensitif dengan keadaan anak didik yang memerlukan perhatian. Keluarga ini mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan 3 orang masih dibangku sekolah. 3 orang yang masih dibangku sekolah ini rupa-rupanya datang ke sekolah dengan menumpang ibu saudara mereka. Mereka ini sebenarnya adalah dari SJKC berdekatan dengan sekolah saya.
Salah seorangnya adalah anak murid saya-murid pemulihan. Hanya kenal huruf a-z tetapi tidak tahu membunyikan sukukata kv. Murid tahun 4. Agak terlewat bagi usia seperti ini tidak tahu membaca. Pada 22/4/2013 murid ini mengadu perutnya sakit. Saya ingatkan hanya sakit biasa baginya. Disebabkan sibuk dengan kelas saya yang akan dijadikan "bench mark" untuk negeri Perak, saya kurang memberi perhatian dengan masalahnya. Pada waktu malam saya terkenangkan anak didik saya ini......keadaannya kurang ceria,pergerakannya lambat, mudah mengantuk. Aduh....saya rasa bersalah teramat sangat jika berlaku sesuatu ke atasnya.
Esoknya sewaktu perhimpunan, saya memanggilnya bersama adik dan kakaknya untuk berjumpa dengan saya di dalam kelas pemulihan. Saya cuba catatkan pemasalahannya.

  •           tak makan pagi kerana tiada apa nak makan atau minum
  •           belanja sekolah hanya 50 sen, kadang2 tiada belanja. Nasib baik murid ni dapat RMT.
  •           cara ke sekolah hanya menumpang ibu saudara
  •           ayahnya tiada pekerjaan tetap
  •           tiada motosikal atau basikal
Tak mampu rasanya untuk saya selesaikan seorang diri. Saya terus rujuk kepada Guru Besar dan juga HEM pada pagi tersebut. Hari ini saya menanti sebuah perubahan dan tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak pentadbir. Semoga murid ini mendapat perhatian daripada semua pihak agar nasibnya terbela. Rupa-rupanya masih ada murid sebegini dalam dunia yang penuh canggih dan dihujani kemewahan hidup.

Halwa Telinga~