Berbalik kepada peristiwa yang berkaitan dengan keganasan rumahtangga. Bukan sebagai hiburan tetapi sebagai renungan. Kita sebagai guru mempunyai ratusan atau ribuan murid dengan masalah yang pelbagai. Tetapi di dalam kelas kita perlu prihatin dengan setiap perkembangan murid serta sebarang perubahan yang dapat kita lihat dengan jelas atau melalui sumber yang boleh dipercayai.
Ada penyelesaiannya yang selama ini memang saya sebagai guru tidak tahu. Rasa menyesal kerana membiarkan ramai murid yang bermasalah terabai begitu sahaja. Inilah akibatnya jika kita kurang ilmu namun guru sebenarnya sudah terlalu banyak bebanan yang terpaksa dipikul.
Proses menyelesaikan masalah adik saya ini rupa-rupanya menambah ilmu saya yang ingin saya berkongsi di sini. Saya sedang memohon IPO (Interim Protection Order) bagi mengelakkan bapa yang ganas atau panas baran dari menyakiti ahli keluarga. Memang prosedurnya agak ketat tapi demi untuk melindungi anak buah atau anak didik terpaksa saya harungi semua ini. Tapi seronok juga kerana bertambah ilmu, bertambah rakan, bertambah pengalaman.
Langkah 1- repot polis (laporan perlu kita simpan)
Langkah 2- jika ada kecederaan dapatkan rawatan dan laporan doktor
Langkah 3- jika kurang berkemampuan minta bantuan biro bantuan guaman (percuma)
langkah 4 - beri motivasi dan cari jalan penyelesaian seterusnya.
Murid-murid yang menghadapai masalah seperti di atas, akan mengalami kemurungan, kurang keyakinan diri, rasa takut, tiada selera makan yang semua ini akan mengakibatkan pelajaran mereka terjejas. Bayangkan jika perkara ini berlaku pada anak-anak kita atau anak jiran kita.
Rupa-rupanya bukan sedikit yang perlu kita korbankan. Wang, masa dan tenaga saling berkait rapat juga kemahiran berkomunikasi amat penting di sini. Bagaimana kita perlu menggunakan laras bahasa yang betul bila berhubungan dengan komuniti yang berlainan.
Jadikanlah diri kita ini berguna untuk orang lain. Biarlah hidup kita bermanfaat dan sentiasa memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Allah akan bersama kita walau di mana kita berada. Penyelesaian mudah kita perolehi jika sebarang yang kita lakukan dengan niat yang baik. Hulurkan bantuan kepada ahli keluarga kita terutama ibu bapa. saudara mara, sahabat, jiran dan anak didik kita. Tanamlah saham di dunia agar kita dapat memetik dividennya di akhirat nanti.
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment