Salah seorangnya adalah anak murid saya-murid pemulihan. Hanya kenal huruf a-z tetapi tidak tahu membunyikan sukukata kv. Murid tahun 4. Agak terlewat bagi usia seperti ini tidak tahu membaca. Pada 22/4/2013 murid ini mengadu perutnya sakit. Saya ingatkan hanya sakit biasa baginya. Disebabkan sibuk dengan kelas saya yang akan dijadikan "bench mark" untuk negeri Perak, saya kurang memberi perhatian dengan masalahnya. Pada waktu malam saya terkenangkan anak didik saya ini......keadaannya kurang ceria,pergerakannya lambat, mudah mengantuk. Aduh....saya rasa bersalah teramat sangat jika berlaku sesuatu ke atasnya.
Esoknya sewaktu perhimpunan, saya memanggilnya bersama adik dan kakaknya untuk berjumpa dengan saya di dalam kelas pemulihan. Saya cuba catatkan pemasalahannya.
- tak makan pagi kerana tiada apa nak makan atau minum
- belanja sekolah hanya 50 sen, kadang2 tiada belanja. Nasib baik murid ni dapat RMT.
- cara ke sekolah hanya menumpang ibu saudara
- ayahnya tiada pekerjaan tetap
- tiada motosikal atau basikal
Tak mampu rasanya untuk saya selesaikan seorang diri. Saya terus rujuk kepada Guru Besar dan juga HEM pada pagi tersebut. Hari ini saya menanti sebuah perubahan dan tindakan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak pentadbir. Semoga murid ini mendapat perhatian daripada semua pihak agar nasibnya terbela. Rupa-rupanya masih ada murid sebegini dalam dunia yang penuh canggih dan dihujani kemewahan hidup.
1 comments:
SALAM AN. BLOK MU HEBAT.SUKSES SELALU
Post a Comment