Setiap pengalaman yang digarapkan bukanlah sebagai suatu cerita yang hanya sekadar memenuhi ruang tetapi adalah sebagai satu renungan dan landasan kepada kita yang bergelar guru. Seorang guru perlu ada ilmu kaunseling supaya dapat menyelesaikan setiap pemasalahan murid dengan lebih profesional. Kita tidak mahu menjadi guru yang suka menjaja nama murid jika terjadi sebarang kejadian yang menimpa murid-murid tersebut dalam kehidupan yang mereka lalui.
Murid-murid perlu dipelihara harga diri mereka kerana setiap manusia pasti ada cerita tersendiri. Masa hadapan mereka menjadi tanggungjawab ibu bapa, para pendidik, masyarakat dan seterusnya negara. Mereka masih ada masa depan. Apa yang berlaku sekarang ini ialah ramai murid atau pelajar kecundang dalam meniti arus kehidupan sebagai seorang remaja. Mereka disogok pelbagai video, aksi diluar tabii, fitnah yang disebarkan menggunakan video lucah ini juga turut memberi impak kepada pembentukan sahsiah dan minda murid terjajah tanpa disedari.Ini merupakan tanggungjawab semua pihak. Fikir-fikirkan.........!Sebelum membuat atau merancang sesuatu fikirkan natijah yang akan diterima oleh generasi kita akan datang.
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment