Sekolah Kebangsaan Kampung lalang, Grik telah memahat terlalu banyak cerita. Tempatnya jauh dari pekan
Grik. Murid-murid bergantung kepada guru-guru untuk menerima sebarang maklumat dari luar. Semua perhubungan melalui bas. Surat khabar pun bergantung kepada bas, jika bas rosak maka lambatlah sampai berita ke tangan penduduk kampung itu.
Terdapat seorang murid perempuan (murid D) yang telah kematian ibu. Bapanya gila dan murid D ini tinggal bersama kakak dan abang iparnya. Bersyukur kerana murid D ini memiliki kakak dan abang ipar yang baik dan bertanggungjawab. Saya telah mengambil murid D ini tinggal bersama sepanjang saya mengajar di sekolah ini. Keadaan hidupnya memang tersepit. Tinggal bersama kakak dan abangnya yang mempunyai anak yang ramai. Murid D nampaknya gembira tinggal bersama saya. Kebetulan saya tinggal keseorangan di rumah sewa. Setahun saya mengajar di sekolah itu, murid D pun telah tamat persekolahan. Hanya mampu bersekolah setakat darjah 6. Murid ini akhirnya hanya tinggal di rumah dan tidak dapat meneruskan persekolahan kerana kehidupan kakaknya pun susah.
3 tahun kemudian, saya telah dikunjungi oleh murid D. Dia menceritakan kisah hidupnya. Dia ingin mendapatkan nasihat mengenai dirinya yang telah dilamar oleh jiran di kampungnya. Saya telah memberi nasihat/motivasi agar dia boleh berfikir dan mencari jalan keluar sendiri. Setelah setahun berlalu, saya telah menerima kad jemputan perkahwinan dari Murid D. Akhirnya dia telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat saya sendiri sewaktu kami sama-sama bersekolah di Grik. Kini murid D hidup bahagia dan hubungan kami baik sehingga kini. Alhamdulilllah.......
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment