Follow me.. ;)

Seuntai Kata~

Segala tulisan yang di tulis bukanlah menandakan diri penulis dan ilmu penulis, segala tulisan yang di tulis adalah dari bacaan-bacaan. Semoga ada kebaikan dari tulisan kita amalkan bersama, jika tidak abaikan, kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan diri penulis.

Thursday, April 11, 2013

Pentingnya menambah ilmu

Mengikuti kursus memang digalakkan untuk meningkatkan profesionalisme perguruan. Itulah saya lakukan setelah bertahun sakit dan menyepi diri. Tahun 2002, saya mengikuti kursus Disleksia kerana ingin mengetahui apa itu disleksia.? Dalam bidang pemulihan, sewajarnya guru perlu menguasai pelbagai ilmu sebagai persediaan menghadapi segala aneka kemungkinan yang boleh berlaku sama ada terhadap murid, rakan sejawat atau ibu bapa. Menguasai pelbagai ilmu adalah merupakan nilai tambah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Selain itu pengalaman juga tidak kurang pentingnya. Tanpa pengalaman memang sukar untuk meneruskan perjalanan yang dipenuhi onak dan liku yang tiada penghujungnya.
    Di penghujung usia....rasanya ingin mencurah ilmu sebanyak mungkin kepada rakan-rakan seperjuangan supaya setiap yang dikongsi dapat dipindahkan kepada orang lain. Biarlah kita banyak memberi kerana jika banyak memberi...pasti kita akan benyak menerima. Biarlah kita beri perkara-perkara yang membawa kebaikan, dan jangan pula bersekongkol membina sebuah kedurjanaan.
    Seterusnya pada tahun 2003, saya mengikuti kursus Bimbingan Sekolah Rendah pula kerana waktu itu saya sekeluarga telah ditimpa musibah. Kehilangan seorang anak akibat kemalangan jalanraya memang sukar untuk dihadapi. saya terpaksa memotivasi diri agar dapat menampung kepedihan dan kesedihan orang lain terutama suami dan anak2. Setiap ujian ada rahmatnya. Itulah rahsia Allah. Ilmu bimbingan ini memang amat berguna kepada diri saya terutama dalam bidang pemulihan. banyak perkara dapat saya selesaikan dengan penuh berhemah terutama berkaitan dengan anak didik. Selain itu dapat memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru pemulihan.

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga~