Follow me.. ;)

Seuntai Kata~

Segala tulisan yang di tulis bukanlah menandakan diri penulis dan ilmu penulis, segala tulisan yang di tulis adalah dari bacaan-bacaan. Semoga ada kebaikan dari tulisan kita amalkan bersama, jika tidak abaikan, kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan diri penulis.

Thursday, April 11, 2013

Salah eja

Pengalaman mengajar murid tahun 2. Sesi mengeja perkataan yang disebut oleh guru. Setelah siap, semua murid menghantar buku latihan dan disemak waktu itu juga. Saya membelek nama murid untuk memastikan mereka menghantar buku ejaan yang betul. Tiba-tiba saya dikejutkan  dengan seorang murid lelaki yang menulis nama ayahnya dengan ZAKAR sepatutnya di tulis ZAKARIA.  Saya cepat2 tutup mulut, takut murid tadi perasan. Setelah siap periksa buku murid, semuanya keluar rehat. saya panggil murid tersebut dan suruh dia betulkan ejaan tersebut. Rupa2nya semua buku tulisnya ditulis dengan nama ayahnya ZAKAR. Aduh...bayangkan jika ramai guru terbaca perkataan tersebut. Saya cepat2 suruh dia tambahkan dua huruf lagi iaitu I dengan A. Sehingga kini saya hanya tersenyum bila terkenangkan peristiwa itu. Murid tersebut kini sedang melanjutkan pelajarannya di UIA. kalau anda temui masalah ini bagaimana....jangan ketawa ya, nanti memalukan murid. Cuba betulkan setiap kesalahan murid secara berseorangan. tegur dengan cara berhikmah.

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga~