Sewaktu mengajar di kawasan pedalaman di hulu Perak, saya telah mendiami sebuah rumah guru bersama rakan saya yang berasal dari Enggor, Kuala Kangsar. Rakan serumah saya ini berpenyakit asma.
Suatu hari, kami dikejutkan dengan matinya seorang penduduk akibat dipijak oleh seekor gajah liar. Kami rasa takut juga. Seluruh kampung tu merasa terancam dengan kehadiran gajah yang naik minyak itu. Pihak perhilitan kerap membuat rondaan tetapi jejak gajah tersebut tidak ditemui.
Waktu saya dan rakan saya sedang menjamah makan malam, tiba-tiba kami ternampak belakang seekor gajah di belakang rumah. Waktu itu memang bulan sedang mengambang penuh . Gajah itu betul-betul dihadapan kami. kami melihat melalui jaring tingkap. Rakan saya terkejut dan mula di serang asma. Saya panik tetapi cepat berfikir untuk mendapatkan bantuan. Akhirnya saya teringat petua orang tua mengatakan bahawa gajah tidak boleh turun bukit. Di tepi rumah kami memang terdapat sebuah padang sekolah. Pengawal sekolah ada dihujung padang tersebut. Saya ambil keputusan untuk memanggil pengawal tersebut. Saya membuka pintu dengan perlahan dan terus berlari menuruni bukit menuju ke arah pengawal tersebut. Berkali-kali melaungnya baru pengawal tersebut sedar. Sebaik di beritahu dia menghubungi pihak perhilitan. Kaki saya memang menggeletar waktu itu sebab kawan saya ada dalam rumah itu. Bimbnag kalau apa-apa terjadi padanya. Dulu masih tiada handphone.
Setelah agak reda ketakutan saya, pengawal menghantar saya pulang ke rumah guru tersebut. Rakan saya itu dapat mengawal asmanya dan tidur kaku di atas katil. Mungkin dia dah makan ubat asma. Esoknya, bila bangun pagi....habis air kolah kami disedut dan sabun juga turut habis dimakan oleh gajah tersebut. Air kolah ada di luar rumah dan tidak berbumbung. Terpaksa menumpang mandi di rumah kawan. Heboh cerita tentang gajah yang naik minyak dan hampir-hampir merobohkan rumah kami.
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment