Follow me.. ;)

Seuntai Kata~

Segala tulisan yang di tulis bukanlah menandakan diri penulis dan ilmu penulis, segala tulisan yang di tulis adalah dari bacaan-bacaan. Semoga ada kebaikan dari tulisan kita amalkan bersama, jika tidak abaikan, kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan diri penulis.

Thursday, April 11, 2013

kes 4

Saya pernah mengajar di sebuah sekolah di hulu Perak pada tahun 1983. Sekolah itu ada 2 blok. 1 blok bangunan lama, tingkapnya berjaring. Saya mengajar murid tahun 2. Saya di tempatkan di kelas itu yang mana boleh dikatakan semua murid tidak tahu membaca. Bilangan murid dalam kelas tersebut seramai 28 orang. Bayangkan dalam kelas tersebut seorang pun tidak boleh membaca. Waktu itu KBSR baru bermula. Siksa rasanya waktu itu sebab dengan kecetekan pengalaman, jauh pedalaman namun semuanya saya jadikan sebagai cabaran dalam kerjaya.
   Saya fikirkan kaedah/teknik/pendekatan yang hendak digunakan untuk murid seramai 28 orang tidak tahu membaca. Kaedah latih-tubi , permainan dan simulasi. Cabaran....cabaran....
   Dalam pada itu, saya tertarik dengan seorang murid C yang selalu memakai baju agak kekuningan,begitu juga dengan kasutnya yang tidak lagi berwarna putih. Saya tidak mahu bertanya takut jika perkara itu sensitif baginya. jadi saya berpakat dengan murid-murid yang lain seramai 5 orang. Kami pergi ke rumahnya pada petang Jumaat. Menyusuri jalan di tepi sungai, melihat orang kampung mendulang bijih di dalam sungai....seronok juga melihat suasana kampung tersebut. Kami mendaki bukit dan akhirnya turun bukit di sebelahnya dan bertemu dengan sebuah kebun getah. melalui denai....kami berjalan dan akhirnya bertemu juga dengan rumah murid C. Sebuah rumah berdinding dan berlantaikan buluh, ada 3 orang adiknya. Di depan rumahnya hanya ada sebatang aliran yang mungkin boleh dikatakan parit (bukan sungai). Kuning airnya.. mungkin itulah punca air yang menyebabkan baju dan kasutnya menjadi kuning. Akhirnya saya mengerti dan dapat memahami keadaan hidupnya.
    Saya menjadi lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia yang dapat menyumbang bakti kepada diri, keluarga serta masyarakat yang mengharapkan generasi berilmu bagi mengisi kekontangan ilmu di kampung tersebut. Murid seramai 28 orang itu, saya hanya dapat pulihkan dalam 16 orang sahaja. Boleh membaca dengan baik. Selainnya hanya dapat mengenal huruf dan suku kata. Mudah2an guru yang bakal menggantikan saya nanti tidak mengabaikan murid-murid tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga~