Kisah 2 orang murid lelaki yang sebaya. Ibu mereka guru sekolah menengah. yang seorang (murid A) tu memang tidak mahu ke sekolah. Yang seorang lagi (murid B) tidak tahu mengurus diri (anak tunggal). Saya sendiri tidak tahu kenapa ibu mereka menghantar anak-anak ke rumah saya. pada awalnya hanya minta tolong tengok2kan. Setelah 2 minggu baru saya sedar bahawa murid A ini perlukan ketegasan kerana sifat kebergantungan kepada ibunya berlebihan. Murid B pula sering tidak mengenakan butang baju dengan betul, tidak tahu kanan dan kiri, nak ikat tali kasut pun tidak tahu....pening juga saya dibuatnya. namun kerana diamanahkan dan atas dasar belas kasihan, saya teruskan juga menjaga mereka di rumah juga di sekolah. Murid A pada mulanya saya terpaksa pergi ke rumahnya atas permintaan ibunya meminta agar saya dan suami pergi ke rumah dan ambil anaknya supaya pergi ke sekolah. Kami pun pergi dan didapati anaknya dah siap pakai uniform sekolah. Cuma tidak mahu ke sekolah. Dia cuba buat helah tapi suami saya dapat menangkapnya dan terus hantar ke sekolah. selepas itu murid A tidak ponteng lagi.
Murid B pula, rupa2nya mengidap disleksia. Tulisannya memang banyak yang terbalik, buruk dan sukar dibaca. Setahun murid ini diletakkan di rumah saya oleh ibu bapanya, akhirnya telah dapat dipulihkan. Pengalaman mengajar murid disleksia memang memeritkan. perlu kesabaran yang tinggi dan menggunakan pelbagai kaedah/teknik. Akhirnya murid tersebut berjaya memperoleh 4A 1B (UPSR) dan PMR (7A). Alhamdulillah....sampai kini murid B sentiasa menghubungi saya jika menghadapi sebarang masalah baik dalam kehidupannya mahupun yang berkaitan dengan persekolahannya. Sekarang murid B ini telah berpindah ke Johor dan menetap di sana bersama ibubapanya.
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
-
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan
kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjad...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment