Follow me.. ;)

Seuntai Kata~

Segala tulisan yang di tulis bukanlah menandakan diri penulis dan ilmu penulis, segala tulisan yang di tulis adalah dari bacaan-bacaan. Semoga ada kebaikan dari tulisan kita amalkan bersama, jika tidak abaikan, kerana ia datang dari kesilapan dan kelemahan diri penulis.

Thursday, April 11, 2013

cerita 2

Masih saya ingat anak didik saya bernama Nureziantie. Comel tetapi ada masalah pembelajaran. Waktu itu sekolah saya tiada lagi Kelas Pendidikan khas. Satu hari , dia minta untuk ke tandas.
Saya pun bertanya: Eziantie nak pi mana?"Dia jawab : Eziantie nak pi mana?". Terkejut juga saya bila dia mengajuk sebutan/percakapan saya. Saya betulkan kembali ayatnya. "Eziantie kena cakap macam ni, saya nak pergi ke tandas." Dia pun ajuk cakap saya. selepas itu barulah saya tahu bahawa murid ini akan sering mengajuk cakap kita. Dia memang tidak tahu nak berkomunikasi. Kesiannya. Ada sedikit kecacatan kepada pertuturannya menyebabkan dia malu untuk bergaul dengan kawan-kawannya. Patutlah dia sering bersendirian.
    Selepas peristiwa itu, saya cuba buat pendekatan seperti murid kes 1 tadi. Sepenuh masa bersama saya di dalam kelas pemulihan. Memang murid tidak kenal huruf selama 2 tahun (tahun 1 dan tahun 2). Apabila menginjak ke tahun 3, barulah dia kenal huruf dan sudah boleh bertutur dan ada keyakinan diri.tahun 5 saya amat terkejut kerana dia sudah begitu lancar membaca. Memang sukar jika ada murid seperti ini, namun itulah anugerah Allah kepada saya yang memberi peluang untuk mendekati murid-murid seperti ini. Merekalah sebenarnya memberi ilmu kepada saya dan memantapkan lagi tahap kesabaran saya.
    Baru-baru ini saya ada bertemu dengan murid ini di sebuah majlis kenduri. Dia yang menegur saya. Syukur saya lihat keadaan dia. Memang cantik tetapi dia tidak berkerjaya kerana membantu ibunya mengasuh dan menjaga adik-adik. namun saya bangga dengan dia kerana dia menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab dan dialah yang mengajar adik-adiknya membaca.


0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga~